
qasehkasha
5 tahun
Allergic atau gegata
Anak sy berumur 5thn lelaki mengalami allergy yg sgt teruk. dia ada allergy terhadap antibiotik amoxicilin, namun allergy yg dia dapat kali ini bukan disebabkan ubat tersebut. Habis 1 badannya naik ruam besar seperti gegata sehingga kepala dan muka. Sy telah ke klinik dan hospital beberapa kali. Telah diberi ubat priton, prednisolone dan injection hydrocot namun keadaan tidak reda malah bertambah teruk. Mula demam panas dan semput. Adakah cara lain untuk merawat anak sy doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anak anda perlu dibawa ke hopital dengan segera kerana dikhuatiri anak anda mengalami “Anaphylactic Shock” yang membahayakan nyawa. Rawatan serta siasatan lanjut perlu dilakukan oleh pihak hospital bagi mengenalpasti punca kepada gejala yang dihadapi oleh anak anda. Sekian.