
annisazainal
4 tahun
Alternative for hand sanitizer
Buat masa sekarang, amat sukar untuk mendapatkan hand sanitizer di kedai kerana habis stok. Bolehkah jika saya menggunakan diluted dettol dan masukkan dalam botol spray sebagai ganti untuk hand santizer? Jika boleh, apakah ratio untuk dilution?
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, apa yang kami faham berkenaan soalan anda ialah alternatif bagi hand sanitizer iaitu diluted detol.
Untuk pengetahuan anda, detol bukanlah bahan pencuci khas untuk mengurnagkan risiko jangkitan virus. Tiada kajian yang menujukkan keberkesanan pencuci detol dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Oleh itu, anda digalakkan agar mengunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizer. selain itu, anda juga perlu untuk mengamalkan langkah pencegahan lain seperti:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Diharap infiomasi ini dapat membantu anda. Terima kasih.