
Sulit
3 tahun
Am i having ocd or depression?
salam doctor …
saya ingin bertanya bahawa adakah saya menghidap ocd tetapi saya tidak pasti memandangkan perkara ni lebih kepada agama tapi saya sering berulang kali buat perkara yang sama sampai la saya rasa betul dan puas dan kadang2 saya rasa frustrated . kalau basuh tangan pun kadang2 berulang tapi tak seteruk mana tapi still berulang dan adakah ocd ni disebabkan depression ? saya nak buat rawatan tapi disebabkan beberapa situation yang tidak mengizinkan. Kalau saya rasa geram saya selalu membayangkan yang saya ni mencederakan diri . apakah maksud ini semua doctor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda mempunyai masalah yang merunsingkan iaitu sering berulang kali melakukan perkara yang sama sehingga anda berasa puas, namun, kadangkala ia membuatkan anda berasa kecewa. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, gejala seperti yang anda perihalkan boleh berlaku atas beberapa perkara, seperti:
- personaliti “perfectionist” - sentiasa mementingkan kesempurnaan
- emosi yang terganggu akibat kepenatan atau tidak cukup rehat
Namun, ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor seperti:
- Penyakit “Obsessive-Compulsive Disorder” (OCD)
- Keresahan atau kemurungan
- Hipokondriasis
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.