
Sulit
4 tahun
Ambil Darah semasa hamil
adakah blood glucose meter yg murah mempengaruhi bacaan gula seseorang?
adakah ambil darah di jari menggunakan blood glucose meter berbeza atau sama dgn bacaan yg diambil di bahagian lengan?
Result gula sy semasa hamil yg di ambil di rumah :
pre breakfast : 5.3
pre lunch : 6.1
pre dinner :5.3
after dinner (10pm): 5.3
adakah kemungkinan saya boleh di kategorikan dlm GDM semasa hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Untuk maklumat anda, bacaan yang di ambil di lengan dan di jari adalah sama.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Untuk dikategorikan sebagai seseorang yang mempunyai kencing manis semasa hamil ataupun gestational diabetes mellitus (GDM), anda perlu memenuhi beberapa kriteria di mana kriteria tersebut termasuk bacaan gula di dalam darah anda.
Berdasarkan keputusan yang anda berikan di ruangan soalan, kami tidak berapa pasti kerana kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai kandungan anda, sama ada anda sudah membuat ujian air gula di klinik ataupun hospital dan beberapa maklumat lain.
Jika anda masih mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami. Terima kasih.