
Sulit
4 tahun
Ambil Duphaston ketika mengandung
hi doktor… saya hamil anak pertama dan ada terjadi spotting sekali sahaja… doktor sarankan saya ambil duphaston untuk 2 minggu… tetapi selepas saya mula ambil duphaston… saya alami sakit kepala, pening kepala dan loya serta badan tak larat… patut ke saya stop ambil duphaston atau ini memang alahan… skrg saya pregnant 9w

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini. Untuk pengetahuan puan, sakit / pening kepala, loya dan badan tidak larat boleh berpunca dari:
- kekurangan darah merah atau zat besi dalam tubuh
- gejala-gejala umum kehamilan
- efek sampingan ubat
Duphaston pula merupakan ubat yang diberi pada ibu hamil bagi membantu menguatkan rahim dan mencegah keguguran.
Antara kesan sampingan yang boleh berlaku ialah:
- Loya
- Muntah
- Pening
- Sakit kepala
- Berat badan bertambah
- Payu dara sakit dan bengkak
- Kurang darah
- Kemurungan
- Tidak bermaya
- Jaundis, kurang selera makan, sakit pada bahagian kanan abdomen yang menandakan kecederaan pada organ hati.
- Alergik
Setiap wanita yang mengambil ubat ini haruslah peka terhadap kesan sampingannya. Sekiranya anda cenderung berpendapat efek sampingan ubat yang telah menyebabkan gangguan-gangguan diatas, anda perlu mendapatkan konsultasi lanjut dari doktor yang telah memberi preskripsi tersebut.
Anda perlu segera berhenti memakan ubat tersebut sekiranya:
- terdapat gatal-gatal tubuh dan kemerahan yang tiba-tiba
- mual & muntah
- sesak sehingga menggangu pernafasan
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.