
Sulit
3 tahun
Ambil perancang depo darah tak berhenti
Saya ibu kepada 4 org ank, baru pertama kali mengambil perancang depo.Saya ambil pada tarikh 1/3/21 dan pada 14/3/21 darah keluar sampai hari ni 24/3/21 saya dah pergi cek doktor cek doktor ckp hormon doktor bagi ubat berhenti drh n hormon saya mkn sampai habis masih x berhenti…berapa lama ya saya perlu hadap masalah ni…menyesal tak sudah saya pakai depo.boleh berhenti sendiri tak kalau saya x nk ambil ubat lagi.boleh doktor jelaskan.terima kadih doktor.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami sangat memahami keresahan dan ketidakselesaan yang anda alami mengenai pendarahan yang berterusan setelah mengambil perancang depo. Anda juga ingin mengetahui sekiranya gejala akan berkurang atau tidak. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya penggunaan pil perancang mempunyai risiko kesan sampingan yang akan berkurang apabila zat atau keberkesanan kaedah perancang itu mula menurun. Antara kesan sampingan yang lazimnya ditemukan apabila menggunakan pil perancang termasuk
- Spotting atau kitaran haid tidak teratur
- Loya dan mual
- Sakit payudara
- Sakit kepala dan migrain
- Peningkatan berat badan
- Gangguan emosi
- Libido menurun
Namun begitu, gejala pendarahan yang berterusan juga boleh menandakan kondisi yang lebih serius serta memerlukan pemerhatian doktor, seperti
- Endometriosis
- Polip atau kista rahim/vagina
- Abnormal uterine bleeding
Oleh itu, anda juga digalakkan untuk bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi bagi mendapatkan penerangan selanjutnya.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.