
Sulit
4 tahun
Ambil Pil Kuruskan Badan
Saya seorang remaja yang telah mengambil pil kuruskan badan untuk tiga hari.Pada hari pertama selepas 1 jam saya makan pil itu,saya mula rasa loya,pening dan hilang selera sehingga hari ini iaitu hari keempat.Pening yang saya alami adalah berdenyut-denyut.Badan saya kekadang berasa kepanasan dan kekadang berasa sangat sejuk.Saya mula sakit tekak dan bibir mula cepat kering berbanding dahulu dan asyik berasa dahaga walaupun sudah minum banyak air.Telinga kanan saya berasa berdenyut sekali.Saya juga tidak dapat tidur dengan lena seperti dahulu.
Ramuan yang ada dalam pil ialah Isomalt,Fabenol(White Kidney Bean),citrin(Garcinia Cambogia),Coleus Forskohlii Extract,Griffonia Simplicifolia Extract,Rubus Suavissmus Extract,Lotus Leaf Extract.
Adakah saya perlu berjumpa dengan doktor dan hentikan pengambilannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda sekiranya anda mengalami kesan sampingan seperti ini, anda harus berhenti makan pil ini. Anda digalakkan untuk bersenam dan makan makanan yang berkhasiat. Elakkan bergantung kepada pil kuruskan badan untuk mengurangkan berat badan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.