
Sulit
4 tahun
Ambil postinor 2 untuk elak mengandung dan apakah inffect jika sy ambil lagi postinor 2 selepas 6 ari?
hi , pd 21/2 sy mengambil postinor 2 . dan pd 19/3 sy ambil postinor 2 . arini (23/3) sy bersama dengan suami . bolehkah sy ambil lagi postinor 2 ? apakah inffect jika sy ambil postinor 2 lagi arini ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, ubat yang disebutkan anda adalah pil perancang kecemasan. Pil tersebut mengandungi hormon yang tinggi dan anda tidak digalakkan menggunakannya secara rutin kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang kecemasan
Berikut merupakan beberapa kesan sampingan pil perancang kecemasan:
- Pendarahan
- Gangguan kitaran haid
- Muntah-muntah dan loya
- Perubahan mood
- Sakit payudara
- Pening kepala
- Sakit kepala
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Anda juga digalakkan untuk menasihatkan pasangan anda untuk menggunakan kondom sebagai langkah pencegahan kehamilan. Selain itu, anda juga boleh merancang keluarga dengan mengambil pil perancang secara berterusan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.