
Sulit
3 tahun
Ambilan Ubat Zentel seletah vaksin
Hi, saya baru sahaja dicucuk vaksin 2 hari lepas, boleh ke esok saya ingin mengambil ubat zentel? Ada sebarang komplikasi ke?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, kami memahami tentang kebimbangan anda mengenai adakah anda boleh mengambil ubat zentel selepas dicucuk vaksin. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan daripada ubat zentel adalah seperti berikut:
- Demam
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Sakit kepala
- Pening
- Loya dan muntah
- Keguguran rambut
Biasanya, gejala-gejala ini akan sembuh sendiri dalam jangka waktu sekurang-kurangnya 1 minggu atau lebih tanpa ubatan lain.
Tambahan pula, kesan sampingan umum vaksin adalah seperti berikut:
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
- Demam
- Sakit otot atau sakit sendi
- Sakit tekak
- Loya dan muntah
- Kelesuan
- Sakit kepala
Oleh itu, anda boleh mengambil ubat zentel selepas vaksin kerana vaksin tidak akan mempengaruhi fungsi serta kesan daripada ubat zentel tersebut, begitu juga sebaliknya.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini