
Anonymous
6 tahun
Amenorrhea & irregular menses since menarche
Saya wanita berusia 23tahun dan belum berkahwin. Disini saya sertakan permasalahan saya.
c/o : amenorrhea x 5/12
irregular menses since menarche
Menses cycle 60-80days
Flow of 7days
Dan saya juga telah menjalani ujian darah serta scan utk melihat adakah saya ada cyst. Result darah saya.
Thyroid function TSH 1.290
FSH 1.7
LH 7.8
Oestradiol 896
Prolactin 20.8
Testosterone 1.8
Apa yang perlu saya lakukan? 5bulan period tidak teratur dan saya check scan and test darah. Keputusan diatas tetapi bulan lepas period saya datang last period saya pada 15/3/2019 dan sekarang saya tidak mengalami period pada bulan 4. Apa pandangan doktor?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid tidak teratur. Antaranya ialah:
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh sebab anda telah pun mempunyai laporan kesihatan adalah amat dinasihatkan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih