minramzi
4 tahun
Amniocentesis test 2nd trimester
Adakah selamat untuk lakukan amniocentesis test pada 2nd trisemester?dan berapa percent abnormal genetik apabila mempunyai masalah single umbilical artery?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, risiko ujian amniocentesis pada kehamilan trimester kedua (14 minggu +) keatas mempunyai risiko keguguran sebanyak 0.5-1%.
Merujuk kepada masalah single umbilical artery (SUA), secara umum, SUA adalah merupakan keadaan yang biasanya dideteksi daripada ultrasound sebagai saluran darah arteri hanya ada satu, sedangkan janin yang normal seharusnya mempunyai dua saluran darah arteri. Memandangkan gambaran ultrasound belum tentu sahih, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Hal ini adalah penting kerana peratus kemungkinan masalah genetik yang lazim ada pada janin dengan SUA adalah setinggi 48%.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.