
Sulit
4 tahun
Anak 1 tahun 11 bulan demam mlm dan muntah
anak saya berumur 1 tahun 11 bulan. dah 3 hari demam . tapi waktu siang dia akan aktif dan makan nasi. waktu mlm dia akan panas. 38-39c. tadi dia dalam tidur asyik batuk dan termuntah. semalam dia minum susu dan muntah. kenapa ya doctor? dan apa patut saya buat . tolong la. sebab anak asik menggigil.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, ujian darah sangat membantu dalam mencari punca bagi sakit demam. Namun, terdapat punca-punca lain yang perlu diketahui seperti:
- Jangkitan kuman atau virus dalam badan
- Jangkitan pada usus
- Demam denggi
- Kencing tikus
- Malaria
- Jangkitan paru-paru
Jangka masa untuk seseorang itu sembuh adalah bergantung kepada punca demam yakni jenis virus ataupun bakteria, tahap immuniti badan seseorang serta bergantung kepada kesihatan am sama ada pesakit ada masalah kesihatan yang lain ataupun tidak.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.