
Sulit
3 tahun
Anak 1 Tahun nampak kelainan pada tingkah laku
Hello Doktor, saya mempunyai adik lelaki berumur setahun. Pada awalnya, saya menjangka bahawa adik saya normal. tapi, hari demi hari dia sering mengetuk - ketuk kepala seolah- olah ada sesuatu di kepalanya. Mungkin pening kepala atau kepalanya berdenyut- denyut. Tapi, saya tak dapat pastikan perkara itu. Yang penting behaviour dia buat macam tu dari umur kurang 1 tahun lagi. Dia juga aktif & ada minat untuk menarik perhatian orang.Cumanya saya rasa curiga dengan perlakuannya yang sering mengetuk kepala sendiri tu. Jadi apa pendapat Doktor?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk kanak-kanak. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- tingkah laku yang masih ditahap normal (perlu visualisasi penuh)
- ketidakupayaan mengawal pergerakan tangan
- sesuatu di kawasan kepala yang menyebabkan tingkah laku yang berterusan
- kelainan lain yang memerlukan pemeriksaan yang lebih teliti
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar kanak-kanak? Pediatrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.