
Anonymous
5 tahun
Anak 11 tahun demam hari ke-7
anak saya berumur 11 tahun, dan hari ini hari yang ke 7 anak saya demam. untuk pengatahuan doktor anak saya pernah mengalami demam denggi pada 2013. saya sudah pergi ke klinik kerajaan dan di hantar ke hospital, tetapi doc yang merawat ank saya berkata ank saya cuma megalami viral fever. platlet: 110 WBC: 2.5 HCT: 44.3 HB: 14.8, DRT: all negative, hari ini doctor di hospital menyuruh saya kembali ke klinik kesihatan untuk mengambil sample darah sekali lagi. untuk pengetahuan doktor anak saya masih demam, tiada selera makan, gusi berdarah dan sakit di celah kangkang. harap doctor dapat membantu. terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam panjang yang anak anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman - seperti virus atau bakteria yang perlu dicari puncanya
- Penyakit yang disebabkan auto-imun - seperti Artritis Juvenile, Penyakit Kawasaki
- Penyakit berkaitan darah putih - seperti lebih sel darah puith (leukemia)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh bawa anak anda berjumpa dengan doktor ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.