
Sulit
4 tahun
Anak 18 bulan kerap kentut
Anak saya berusia 18bulan, sejak akhir2 ini kerap sangat kentut. Kadang2 sampai 7 kali kentut dalam tempoh 5 minit. Normalkah itu? Dia pun tak suka makan makanan berat seperti nasi sejak usia mengjangkau 18 bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang anak anda.
Untuk makluman anda, biasanya kerap kentut disebabkan oleh angin yang banyak dalam perut bayi tersebut. Sekiranya bayi anda tidak berselera, kemungkinan terdapat beberapa masalah penghadaman yang perlu diperiksa di klinik atau hospital. Antara tanda lain masalah penghadaman adalah:
- Sukar untuk berak
- Najis keras
- Merengek
- Kurang selera makan
- Turun berat badan
Saya perlu lakukan pemeriksaan fizikal untuk mengenalpasti apa sebenarnya berlaku. Oleh itu saya mengesyorkan anda untuk memebawa bayi anda ke klinik sekiranya masalah ini berlanjutan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.