
Sulit
4 tahun
Anak 1y4m tak kencing 7jam
Salam/Hello.
Adakah normal utk anak sy 1y4m tak kencing 6-7jam?
Sy dah bawa anak ke klinik kesihatan. Kata doc, tak ada apa yg perlu dirisaukan kerana anak sy masih aktif, tak sakit dibawah perut, tak menangis seperti dalam kesakitan.
Tetapi sy masih risau kerana sebelum ni dalam tempoh tu mesti diapernya sudah penuh dgn urine tetapi sejak 5 hari lalu dia mengalami situasi tak kencing ni. Dan sy perasan, sehari selepas anak sy makan pisang, ini yg terjadi. Adakah pisang tak sesuai utk anak sy?
Sy harap sy dapat penjelasan dari situasi ini. Terima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang bayi anda hadapi iaitu kurang kencing. Untuk makluman anda, bayi boleh membuang air kecil sekerap setiap jam hingga tiga jam atau tidak kerap iaitu sebanyak empat hingga enam kali sehari.
Jika ketika bayi sakit atau demam, atau ketika cuaca sangat panas, pengeluaran air kencingnya yang biasa mungkin turun separuh dan masih normal. Membuang air kecil yang normal tidak akan menyebabkan kesakitan. Namun, sekiranya anda melihat tanda-tanda kesusahan semasa bayi anda membuang air kecil, beritahu pakar pediatrik anda, kerana ini boleh menjadi tanda jangkitan atau masalah lain pada saluran kencing.
Pada bayi yang sihat, air kencing adalah berwarna kuning muda hingga gelap. Air kencing akan lebih pekat ketika anak anda tidak minum banyak susu/cecair dan boleh ditandai dengan tanda dehidrasi yang lain.
Anda amat disarankan berjumpa dengan doktor sekiranya bayi anda mengalami antara gejala seperti:
- Sering menangis
- Lemah/ tidak bermaya
- Mata cekung
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih