
aireen86
5 tahun
Anak 2 tahun muntah dan tidak lalu makan
Saya merupakan Ibu kepada 4 orang anak. Anak ketiga saya berusia 2 tahun 2 bulan dan hanya bergantung kepada susu formula serta makan nasi seminggu dua kali. Beratnya normal namun dia kerap muntah dalam tempoh 3 bulan sekali. Muntah selepas minum susu dan pada awal pagi. Tapi, beliau aktif dan tidak menunjukkan sebarang tingkah laku yang membimbangkan. Sekiranya muntah, kadar muntah yang keluar seperti sama dgn kadar susu yang diminum. Apakah permasalahannya?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Apabila anak anda muntah, kandungan perutnya dipaksa naik ke esofagus dan keluar melalui mulut. Muntah bukan penyakit, tetapi suatu gejala. Ada kalanya ia adalah tanda gangguan atau penyakit tersembunyi.
Anak-anak kecil biasanya akan muntah beberapa kali pada tahun awal usianya kerana muntah adalah tanda penyakit yang biasa dialami oleh kanak-kanak seperti gastroenteritis (disebabkan oleh virus, bakteria atau jangkitan parasit dalam saluran gastrousus), jangkitan bahagian atas saluran pernafasan dan keracunan makanan.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.