
noniaziz23
4 tahun
Anak 2 tahun muntah2
Pukul 6 ptg tadi tiba2 anak sy usia 2 tahun muntah2 dan cirit sikit. Keluar semua makanan yg dia makan lunch tadi. Ianya brlarutan hga sekarang. Ank x nak makan dan minum sbb muntah2 tu dan dia makin lemah. Ape perlu saya buat. Bolek ke saya suap dia air garam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sering muntah yang anak anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah kerap muntah pada kanak-kanak boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
- alahan kepada sesuatu makanan dan bahan
- keracunan
- masalah usus
- jangkitan kuman yang lain
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anak anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih