
Sulit
3 tahun
Anak 5 tahun sakit perut
Assalamualaikum maaf saya nak tanya anak saya berumur 5 tahun kerap bagitahu sakit perut. tapi dia tiada muntah atau pening ataupon demam jadi bagaimana saya nak buat sbb dah pelbagai macam ubat sapu di perut masih tidak sembuh ni dah dekat 2 minggu dia mengadu sakit perut. tapi sakit perut tu sekejap2 sahaja mai baru dia berasa. tolong saya doktor terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anak anda mengalami tersebut, sakit perut, tiada muntah, pening atau demam boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Sembelit biasa (kurang minum air dan makanan berserat seperti sayur dan buah)
- Alahan makanan
- Sindrom iritasi usus
- Ketegangan otot perut
- Jangkitan usus
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anak anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.