
Sulit
4 tahun
Anak 9bulan jatuh dari katil
Anak saya 9 bulan jatuh katil. Masa jatuh tu saya nampak bahu sebelah kanan sampai lantai dulu. Saya nampak kepala anak tidak terhantuk lantai. Sebab jatuh, saya cepat-cepat angkat dia, nagis dia sekejab jek. Saya letak atas katil tanggissn dia semakin kurang, lepas tu peluk dia, muka dia nampak pucat. Mata dia pandang saya, tapi bila panggil tidak respond. Lepas beberapa kali panggil baru ok, ad dlm 30saat. Apa saya perlu buat doctor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan melibatkan insiden trauma fizikal (jatuh) susah untuk dinilai dari jauh, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar kanak-kanak yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat penilaian secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya yang dikhuatrikan dari peristiwa seperti itu adalah
- kecederaan kepala
- kecederaan tulang atau otot
- gangguan organ tubuh yang lain
- mahupun kesan trauma emosi pada anak kecil
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.