
qasehnurirdina
3 tahun
Anak baru baik demam dan tiba2 muntah
Anak saya baru baik 2 hari demam…harini dia start muntah selepas minum susu…makan pon tak lalu…setiap kali minum susu mesti muntah…saya dah jumpa doktor dan makan antibiotik dan ubat kahak…adakah anak saya muntah sebab kahak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anak anda tentang masalah muntah selepas minum susu. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anak anda alami seperti:
- Alahan
- Susu yang tidak sesuai
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan pada usus
- Keradangan usus atau perut
- Gangguan sistem pencernaan lain seperti alahan kepada makanan tertentu
- Keracunan makanan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.