Anonymous
4 tahun
Anak batuk dan selsema
Assalamualaikum dokto. Bagaimana nak bagi anak hilang batuk dan selsema… Adakah sebab makan pedas yang menyebabkan anak cirit.? Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah batuk yang anak anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- infeksi saluran pernafasan
- refluks asid perut
- asma
- alergik
Untuk masalah cirit anak anda, kemungkinan besar adalah disebabkan pemakanan makanan pedas atau keracunan makanan. Makanan pedas boleh merangsang perut anak anda dengan lebih dari kebiasaannya. Saya sarankan agar anda merujuk tentang kesihatan anak anda kepada doktor agar maklumat lanjut dan pengubatan yang sesuai tentang penyakit batuk yang dihidapinya. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.