
Sulit
3 tahun
Anak batuk malam dah seminggu.. Macamna nak rawat
Selamat malam dr. Anak saya 3y5m…sekarang ni tgh batuk… Tp bila siang… Dia tak batuk… Cuma batuk ringan… Mcm berdehem je… Tapi bila dia tido malam… Start batuk sampai keluar kahak muntah. Lepas muntah baru lena tido… Dah 3 malam dia macamtu… Siang takde. Asal tido malam je… Adakah batuk normal? Kami memang ttakde kontak dgn pesakit covid 19…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat malam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Flu yang menyebabkan mukus tersebut mengalir ke tekak ketika baring dan meyebabkan batuk terutamya pada waktu malam
- Jangkitan bakteria atau virus
- Penyakit asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.