
Sulit
4 tahun
Anak berak tahi hitam
Kenapa anak saya berak tahi hitam ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaiti najis berwarna hitam dan keras (sembelit). Untuk makluman anda, masalah najis berwarna hitam ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Masalah pendarahan atau luka samada pada perut, usus atau saluran pencernaan yang boleh disebabkan kanser, dan sebagainya.
- Kesan sampingan ubat yang diambil
- Kesan daripada makanan yang berwarna hitam seperti milo dan sebagainya
- Kandungan iron yang tinggi dalam makanan atau ubatan
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui rawatan yang tepat untuk anak anda, puncanya haruslah dikenalpasti terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih