
amoi.awer
5 tahun
Anak berumur 12 tahun mengalami haid lebih 15 hari
Anak saya berumur 12 tahun telah mengalami haid bermula Januari lalu selama 6 hari. Kali ke-2 pada Feb juga selama 6 hari. Namun untuk bulan Mac iaitu kai ke-3 sudah masuk 17 hari pada hari ini. Pada hari ke-15 saya telah pergi berjumpa doktor Perubatan Am di klinik dan beliau menasihati sekiranya masih dtg haid pada hari Isnin haruslah datang semula ke klinik. Ini kerana bagi beliau remaja yang baru datang haid mungkin ada sedikit perubahan hormon. Sehingga hari ini haid anak saya masih berterusan dgn kadar pengeluaran sederhana. Anak saya tidak obes, tidak mengambil sebarang ubatan, tidak stress, tiada sakit, pemakanan & pembelajaran baik. Oleh itu saya ingin mendapatkan 2nd opinion adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Berdasarkan penerangan di atas, saya dapati anda telah berjumpa dengan doktor. Sejujurnya, sekiranya anda ingin mendapatkan second opinion dari pihak kami, ianya sedikit sukar kerana sebelum saya boleh membuat kesimpulan, maklumat lanjut, pemeriksaan fizikal serta ujian lanjut harus dilakukan. Namun begitu, terdapat keterbatasan dari pihak saya untuk melakukan hal yang demikian.
Untuk menjawab soalan anda, kitaran haid yang berlanjutan sehingga 17 adalah tidak normal. Akan tetapi, tidak normal tidak bermaksud pasti ianya disebabkan oleh penyakit yang merbahaya. Oleh itu, seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda, sekiranya haid masih berterusan sila berjumpa dengan doktor anda lagi bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut serta rawatan yang sepatutnya.
Setakat itu sahaja yang mampu saya bantu. Terima kasih