
Sulit
2 tahun
Anak berumur 13bulan mengalami cirit birit
anak saya berumur 13bulan kini mengalami cirit-birit hampir 2 minggu sehingga kini. saya dapati cirit-birit dari rumah pengasuh kerana pemakanan yang salah diberikan oleh pengasuh dan cirit-birit berlarutan sehingga kini (hampir 2 minggu). selepas seminggu yang lepas saya juga ada tukar susu formula. adakah side effect daripada susu formula juga? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- susu formula yang tidak sesuai lebih-lebih lagi jika ia baru ditukar
- lactose intolerance
- alahan pada makanan yang mengandungi gluten (Penyakit Celiac)
- keracunan makanan akibat jangkitan virus (jika kawan anak anda dirumah pengasuh mengalami masalah yang sama juga)
Anda disarankan:
- memberi air yang secukup kerana cirit birit boleh menjadikan anak anda dihidrasi
- bawa anak anda ke klinik segera jika tidak aktif, tiada selera makan, kurang berat badan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yandiperlukan. Terima kasih.