
Sulit
3 tahun
Anak berusia 1tahun 7bulan muntah kahak putih
Hi , saya seorang ibu kepada anak yang berusia 1tahun 7bulan . Saya ingin bertanya kenapa anak saya tiba tiba muntah pada waktu lewat malam dan mengeluarkan kahak berwarna putih . Ia seakan akan menolak keluar dari perut seperti menekan utk keluar . Saya risau kerana bukan pertama kali terjadi , sebelum ni pernah terjadi tapi jarang jarang . Dan bila anak saya tidur ada bunyi didada , ketika terjadi anak saya tidak ada demam atau pun batuk .

3 tahun
salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap anak anda.
Kami akan cuba membantu.
Kanak-kanak biasa menunjukkan simptom-simptom yang tidak spesifik jikalau sakit.
Antaranya demam,sering menangis,muntah-muntah dan tidak bermaya.
Terdapat beberapa punca terdapat bunyi di dada seseorang anak kecil.
Antaranya
alahan
bronchiolitis
‘viral induced wheeze’
Anda dinasihatkan untuk bercakap dengan pakar kanak-kanak untul maklumat lanjut.
Terima kasih dan kami harap jawapan ini membantu.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.