
ali.fatimahzaharah
5 tahun
Anak berusia 8 tahun batuk berkahak yanh tidak henti sejak 1 mac 2020 namun tiada selsema dan demam
Anak saya berumur 8 tahun batuk tak henti sejak seminggu lepas dan telah menerima ubat rhinatiol dan cetrizine. Namun sehingga sekarang masih belum pulih. Dia tiada demam dan ada sedikit hingus (on off). Namun batuknya berkahak. Dadanya lapang. Saya risau akan keadaan ini kerana batuk yang berpanjangan. Perlukah saya rujuk pakar atau membawa anak jalani ujian covid?

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Memandangkan anak anda mempunyai gejala batuk berpanjangan walaupun telah menerima rawatan, anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anak anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anak anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anak anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini