
Sulit
3 tahun
Anak cirit birit adakah disebabkan bancuhan susu
Anak sy berumur 1 tahun 2 bulan.sy memberi susu formula.sejak 2 hari anak sy cirit birit dan demam.sy selalu membancuh susu utk dia masuk air panas dulu dan kemudian air suam, sy dapati klu buat begitu khasiat susu baby tak akan dpt.Jadi sy bancuh masukkan air suam dulu dan baru air panas dan buat susu bg dia sebanyak 3 kali sebelum dia kena cirit birit.so saya rasa disebabkan cara bancuhan itu anak sy skrg cirit birit demam.mula2 cirit birit dia warna kuning cecair bercampur setitik darah cair dan skrg warna hijau spt gel.adakah ini disebabkan cara bancuhan susu. Adakah ini bahaya untuk anak sy.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah anak anda cirit-birit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus/bakteria dalam perut
- Keracunan makanan
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Tidak toleransi kepada sesetengah makanan seperti susu, keju dan sebagainya.
- Terlalu banyak minum air
- Terlalu banyak makan serat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh merujuk kepada doktor pakar kanak-kanak( paediatrician ) atau doktor pakar kesihatan keluarga( family health specialist ).
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.