
Sulit
4 tahun
Anak demam boleh ambil vitamin c appeton?
Hi , saya ingin bertanya, anak saya mengalami gejala demam batuk dan selsema . Sejak saya amalkn vita c utk anak sejak pandemik tahun lepas alhamdulillah ank saya susah nk demam. Tpi kali ni dia demam ,dan soalan saya boleh ke bagi multivitamin ketika dia tengah demam?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, vitamin C boleh diberikan kepada anak ketika demam, namun ia bukan lah rawatan untuk demam. Boleh jadi anak anda terkena jangkitan kuman atau virus yang memerlukan ubat lebih daripada sekadar multivitamin sahaja. Oleh itu, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk kondisi ini.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!