Edina

5 tahun

Anak demam hampir seminggu tidak ke sekolah

Anak saya berumur 8 tahun telah demam hampir seminggu. Demam nya hanya bermula pukul 7 mlm sehingga 7 pagi. Lepas tu suhunya turun dan demam nya berkurangan bila mlm jadi semula. Dah bawa pergi hospital dan ambil darah dan results ok tiada yang serius. Kesian dia dah seminggu tak sekolah apa harus saya buat. Tkasih

Dr Ilias,

5 tahun

Hai dan selamat petang.

Perubahan cuaca atau iklim yang sejuk dan panas boleh menyebabkan badan kita lebih mudah terkena jangkitan kuman. Hal ini seterusnya akan menyebabkan jangkitan saluran pernafasan atau URTI. Lalu kita akan mengalami demam atau sakit badan atau selsema dan batuk. Perkara ini juga mungkin terjadi kepada anak anda. Jangkitan virus akan menyebabkan simptom ini berpanjangan sehingga berminggu-minggu seperti yang diterangkan oleh anda. Oleh itu, adalah baik jika kita membincangkan apa yang anda boleh lakukan di rumah untuk merawat demam anak anda.

Antaranya:-

  • Galakkan anak minum air yang banyak. Namun, air seharusnya tidak mengandungi elektrolit dan glukosa yang diperlukan. Pilihan lain yang anda juga boleh gunakan adalah banyakkan memakan makanan seperti sup ayam, Pedialyte, dan minuman rehidrasi lain yang terdapat di kedai runcit atau kedai farmasi.
  • Seorang kanak-kanak perlu membuang air kecil yang berwarna jernih sekurang-kurangnya setiap empat jam jika terhidrat dengan baik.
  • Jika cirit-birit atau muntah menghalang anak-anak daripada penghidratan yang baik, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
  • Pastikan suhu badan anak anda berada pada paras yang baik iaitu di bawah 38 darjah selsius.
  • Jika anak anda enggan minum atau mempunyai perubahan terhadap berat badan atau selera makan, sila dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

Jadi, saya nasihatkan anda untuk sentiasa peka dengan perubahan keadaan anak anda dan sila rujuk dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Sekian, harap ini dapat membantu.

Terima kasih kerana menghubungi kami.

Demam dalam kalangan kanak-kanak mempunyai pelbagai punca. Jangkitan ialah punca yang paling biasa dijumpai. Jangkitan berpunca daripada bakteria ataupun virus. Contoh penyakit termasuklah jangkitan saluran nafas, jangkitan saluran kencing, jangkitan usus, jangkitan telinga dan meningitis. Biasanya, jangkitan bakteria boleh dirawati oleh antibiotik namun rawatan bagi jangkitan virus biasanya bersifat simptomatik sahaja. Sesetengah jangkitan ini boleh dielakkan jika anak anda menerima vaksin mengikut jadual. Selain daripada jangkitan, sebahagian kecil kanak-kanak mengalami demam selepas menerima vaksin. Walaupun begitu, demam ini biasanya tidak serius.

Demam berlaku kerana badan kita sedang mencuba untuk membunuh kuman-kuman yang menyebabkan jangkitan. Walaupun begitu, demam boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi kanak-kanak. Yang paling penting, pihak ibu bapa harus memantau keadaan kanak-kanak untuk mengenalpasti kemunculan simptom-simptom lain supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan pada masa yang betul. Sila mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika:

  • Suhu badan melebihi 40°C
  • Sawan demam (febrile seizure)
  • Demam yang melebihi 7 hari, walaupun demam hanya berlaku untuk beberapa jam setiap hari
  • Kanak-kanak mempunyai penyakit kronik yang lain
  • Kemunculan ruam

Rawatan demam biasanya tidak diperlukan, terutamanya jika suhu bahan kurang daripada 38.9°C, umur melebihi 3 bulan, tiada penyakit lain dan tiada simptom lain. Jika risau ataupun demam berlarutan, anda digalakkan merujuk pada doktor anda sekali lagi.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera. Demam merupakan respons tubuh badan untuk melawan jangkitan dalam badan. Suhu badan yang normal bagi seorang kanak-kanak adalah di antara 36.5 degree celcius sehingga 37.5 degree celcius.

Anda boleh mendapat satu termometer untuk mendapat suhu badan anak anda. Tempat yang sentiasa digunakan untuk mendapat suhu badan adalah daripada ketiak, mulut dan rectal.
Kerana ujian darahnya adalah normal, anak anda hanya memerlukan rehat dan rawatan simptomatik sahaja. Jikalau anak anda mempunyai demam, anda boleh memberikan nurofen ataupun paracetamol mengikuti dos yang deberikan oleh doktor anda. Penggunaan kain sejuk di dahinya boleh memberikan keselesaan kepada anak anda. Pastikan anak anda minum air yang mencukupi dan makan walaupun dalam kuantiti yang berkurangan daripada hari yang biasa. Ini dapat memastikan anak anda mendapat nutrien yang mencukupi. Jikalau anak anda mempunyai sedikit demam tetapi masih aktif, anda tidak perlu risau.

Sekiranya anak anda demam tinggi dan menjadi tidak aktif ataupun mempunyai simptom-simptom baru, maka anda perlu membawanya ke doktor anda. Semoga saya menjawab soalan anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)