
Sulit
4 tahun
Anak Demam lebih dari seminggu
Anak saya berumur 1tahun 10bulan dan mula demam (suhu 38.8) pada hari khamis malam (25.2.2021). Saya telah mendapatkan ubat di klinik dan telah ke klinik kesihatan berdekatan pada isnin (1 mac) memandangkan anak demam lebih 3 hari dan anak mula batuk selesema. Anak tidak mengalami cirit birit atau muntah tetapi hanya hilang selera makan. Pegawai kesihatan telah membuat swab test dan telah bekalkn ubat demam utk anak namun suhu badan anak masih turun naik. Pada esoknya (2 mac) saya sekali lagi mendapatkan rawatan di unit kecemasan pusat perubatan swasta dan doktor bekalkan ubat demam serta antibiotik. Suhu tidak setinggi 38 celcius, namun masih lagi turun naik terutamanya ketika anak tidur. suhu terendah 36.7 boleh mencapai hingga 37.9. kekerapan ubat adalah 4jam sekali dan 4 kali setiap hari. Soalannya,
1.Adakah sy boleh beri ubat lebih dari 4 kali sehari seperti yang ditetapkan oleh farmasi dengan mengekalkan jarak 4 jam.
2.Adakah saya perlu merujuk pusat perubatan sekali lagi atau hanya merawat dirumah?
3.Adakah anak saya menunjukkan simptom dengue @ demam berdarah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, maklumat yang diberikan tidak mencukupi untuk kami membuat kesimpulan yang tepat. Namun kami akan cuba menjawab persoalan anda.
Sebaiknya ikut arahan yang ditetapkan oleh pihak farmasi dalam kaedah penggunaan ubat aitu 4 kali sehari.
Disarankan untuk merujuk anak anda di pusat kesihtan kerana demam yang berpanjangan dan tidak bertambah baik keadaanya.
Kami tidak dapat menjawab soalan ini kerana tidak mempunyai maklumat yang cukup seperti bacaan platelet dalam darah, keadaan fizikal dan simptom yang tidak diketahui.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.