
Sulit
5 tahun
Anak demam on off selama tiga minggu dan badan etiasa rasa hangat jika tidak demam tetapi aktif
Anak saya umur setahun 9 bulan… demam on off sejak 3 minggu yang lepas… minggu pertama saya dapatkan rawatan di klinik swasta, doktor bekalkan ubat demam dan antibiotik… minggu kedua dalam 16hb yg lalu disebabkan demam on off saya ke klinik kerajaan dan dilanjutkan ke hospital kerana anak cirit birit ada sedikit darah beserta sedikit batuk dan demam… doktor telah mengambil darah dan result menunjukkan tiada masalah dan sekali lagi dibekalkan ubat… tapi sampai ke hari ni anak masih demam on off dan badan terasa panas setiap hari tapi masih aktif tiada lg cirit birit dan selesema/batuk… cuma badannya saja rasa hangat… dia akan mula demam menggigil dan kaki serta tangannya menjadi sejuk dan demamnya pada waktu tidur malam… dijerlum dan diberi ubat demam baru la dia baik seperti biasa tapi badan sentiasa rasa panas… mohon penjelasan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan virus
- Asma
- Penyakit kawasaki
- Tuberkulosis
Anda harus memantau suhu badan anak anda untuk memastikan bahawa dia memang mengalami simptom demam iaitu lebih daripada 37.5 darjah Celsius. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.