
Anonymous
5 tahun
Anak demam on off setiap malam
Anak sy umur 4tahun dh demam on off selamaseminggu.demam pada waktu malam …siang sihat aktif macam biasa.boleh sy taw apa puncanya.sebulan sebelum demam yg sama…lebih 3hari bawa jumpa dc.ambil darah result nya Ada bakteria.so ambil antibiotic selama 3 Hari…selepas sebulan demam dtg lg

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam dalam kalangan kanak-kanak boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman - puncanya perlu dicari seperti pada saluran udara, saluran kencing
- Keradangan sendi
- Hiperaktif - lebih adrenalin
- Demam rheumatik - jangkitan pada jantung
- Penyakit auto-imun - seperti penyakit Kawasaki
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.