
Sulit
3 tahun
Anak demam tanpa batuk selsema
Hai doc.anak saya sudah 9hari demam tanpa batuk selsema.sudah 2x berjumpa doc dan buat blood test neg- denggi.semasa badan panas anak akan sering menangis.bila makan ubat dan panas reda,die akan kembali ceria.anak tiada masalah lain selain demam.susu,makan semua ok.kenapa ye

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini.
Antara punca-punca yang boleh menyebabkan demam berpanjangan adalah:
- Jangkitan bakteria (biasanya dikenali sebagai Pneumonia)
- Jangkitan virus
- Asma (disebabkan oleh allergen seperti debu)
- Penyakit kawasaki (demam tempoh 5 hari, permukaan lidah kelihatan seperti buah strawberi,ruam pada kulit,bengkak gelenjar limpa)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.