
Sulit
3 tahun
Anak demam
Assalamualaikum. Anak berumur 3 tahun 9 bulan. Berat 20kg, anak sekarang tiba2 demam. Boleh kah diberi pil Panadol sementara menunggu klinik buka esok? Macam mana dengan sukatan nya. Dibahagi 4 kah pil Panadol 500mg tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anak anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, demam ini terbahagi kepada dua kategori. Pertama suhu demam yang tidak terlalu panas dan boleh dikawal dengan makan ubat demam.
Keduanya, suhu demam yang tinggi, kemudian disusuli dengan:
- Muntah
- Batuk berkahak
- Selesema teruk
- Hilang selera makan
- Lesu dan tidak mahu bermain
- Hanya mampu terbaring
- Timbul ruam/bintik-bintik merah
- Sukar bernafas atau nafas berbunyi
- Mulut kering kerana kekurangan air
Jika melihat anak anda ada salah satu dari simptom ini, segera bawanya ke hospital untuk dirawat.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana maklumat yang lengkap diperlukan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih