
Sulit
3 tahun
Anak kecil Sembelit
Hai. Anak saya berumur 2 tahun dan selalu sembelit. Bila dia buang air, najisnya memang keras dan besar. Saya terpaksa memberi dia Enema untuk dia buang air. Boleh kah kerap bagi enema kepada anak dan apakah isi kandungan dalam enema ya? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu kesukaran membuang air besar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ini mungkin boleh disebabkan oleh masalah pencernaan atau masalah peristalsis usus anak anda yang boleh dipengaruhi oleh permakanan serta faktor tumbuh besaran sejak lahir. Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya masalah berak yang boleh berlaku pada usia bayi, iaitu:
- Tabiat menahan air besar. Ini boleh disebabkan oleh tabiat anak anda untuk malas ke tandas atau terbiasa tidak kerap membuang air besar kerana ingin bermain.
- Masalah latihan tandas pada bayi. Anak anda tercederung untuk menjadi degil untuk membuang air sehingga menjadi kebiasaan
- Kurang nutrisi fiber dalam permakanan
- Perubahan rutin, seperti ketika melancong.
- Alahan pada susu lembu
- Keturunan
- Masalah usus dalaman seperti struktur usus abnormal yang tersumbat, masalah pencernaan, dan juga jangkitan kuman pada usus.
Walaubagaimanapun, anda boleh mencuba yang berikut bagi mengurangkan masalah sukar untuk membuang air besar:
- Elakkan memberi anak anda susu lembu untuk sementara waktu
- Perbanyakkan kandungan fiber dalam pemakanan anak.
- Banyakkan vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran (pastikan dicuci dengan seeloknya)
- Tingkatkan aktiviti fizikal anak anda
- Berikan anak anda air yang secukupnya
- Berikan sedikit ganjaran kepada mereka setelah membuang air besar untuk menjadikan rutin.
Anda boleh menghubungi kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.