
Sulit
3 tahun
Anak kerap batuk, bersin dan gatal hidung
Anak saya berumur 11 tahun ada asthma. Pertama kali kena serangan asthma pada 2019. Masalah anak saya kerap batuk, bersin dan gatal hidung. Doktor sarankan anak pakai inhaler biru eetiap kali batuk kuat. Dan doktor ada bekalkan pil dan sembur hidung utk masalah bersin dan gatal hidungnya. Doktor apakah penyebab masalah batuk anak saya sebab dia kerap minum air sejuk, minum air oren dan tidur dalam aircond. Serta macammana cara utk mengatasi masalah bersin dan gatal hidungnya kerana saya tidak pasti puncanya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran anda berkenaan gejala kerap batuk, bersin dan gatal hidung yang dialami oleh anak puan. Kami akan cuba membantu menjelaskan kepada anda.
Untuk pengetahuan puan, asma merupakan penyakit kronik pada saluran udara dalam sistem pernafasan yang sering menyebabkan gejala batuk dan susah bernafas. Walaupun asma lazim ditemukan pada semua peringkat umur kanak-kanak namun kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan anak kecil.
Umumnya, terdapat pelbagai faktor yang dapat menyumbang kepada gangguan asma, antaranya termasuk
- sejarah keluarga yang mempunyai asma, allergic rhinitis atau demam alah (hay fever)
- mempunyai jangkitan dada yang teruk semasa kecil
- terdedah kepada perengsa (allergen) secara berterusan
Namun begitu, gejala kerap batuk, bersin dan gatal hidung juga boleh disebabkan oleh masalah serius yang lain dan tetap memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Bronchiolitis
- Sinusitis kronik
- Allergic rhinitis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi 999 atau segera ke hospital sekiranya terdapat gejala sesak nafas berat, pucat, gejala berterusan walaupun dengan pemberian ubat atau gejala serangan asma lain yang dialami oleh di kecil.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pediatrician.