
Sulit
5 tahun
Anak kerap berak umur 9bln
Assalamualaikum… anak sy umur 9bln, masalah sekarang kerap berak… anak tidak menunjuk or meragam tanda sakit or x selesa… aktif mcm biasa.sebelum nii ok 1x or 2x berak…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, gejala ini mungkin bukan masalah sekiranya anak anda masih aktif, boleh menyusu dengan baik serta membesar dengan baik. Jadi, anda jangan terlalu risau.
Buat masa sekarang, anda awasi dahulu gejala yang anak ada hadapi. Sekiranya terdapat gejala lain deperti kurang aktif, merengek tanpa henti (berkemungkinan sakit perut atau tidak selesa), tidak mahu menyusu, cirit-birit, tahi berdarah anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hal ini kerana, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.