
hidayahsyuhada8909
5 tahun
Anak kerap muntah-muntah
Anak saya berumur 2 tahun setengah tiba tiba muntah ketika tidur. Badan nya tidak panas dan tidak menangis. 3 kali dia tiba tiba muntah. Muntah air dan nasi. Kemudian saya memberi air dan dia tidur. Langsung tidak demam dan siang hari dia aktif. Bangun pagi waktu nak mandikan dia sekali lagi muntah air. Tetapi dia aktif makan dan minum kerana lapar. Jam 12 tengah hari habis semua makanan dia muntahkan sekali lagi. Tapi dia aktif bercakap dan tidak menangis. Perut juga tidak sakit dan tidak cirit birit. Apa masalah anak saya dan bagaimana untuk elak dia muntah? Saya belum sempat membawa ke klinik, tambahan pula dia aktif bermain tanpa demam atau merengek.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anak puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Apabila anak anda muntah, kandungan perutnya dipaksa naik ke esofagus dan keluar melalui mulut. Muntah bukan penyakit, tetapi suatu gejala. Ada kalanya ia adalah tanda gangguan atau penyakit tersembunyi.
Anak-anak kecil biasanya akan muntah beberapa kali pada tahun awal usianya. Hal ini kerana mungkin disebabkan oleh penukaran susu formula atau jangkitan kuman.
Jangkitan yang biasa dialami oleh kanak-kanak ialah seperti gastroenteritis (disebabkan oleh virus, bakteria atau jangkitan parasit dalam saluran gastrousus), jangkitan bahagian atas saluran pernafasan dan keracunan makanan.
Untuk mengetahui masalah yang dialami oleh anak puan, maklumat tambahan diperlukan untuk pihak kami memberikan diagnosis tepat dan rawatan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.