
Sulit
4 tahun
Anak kuat kencing umur 7 tahun
Anak saya berumur 7 tahun…saya perasan kalau setiap kali nk keluar ke dari rumah seperti kedai Ker sekolah Ker mesti anak kencing kerap sebelum keluar Dari rumah…Apa yang perlu saya lakukan???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan anak anda. Untuk pengetahuan anda, keadaan kencing dengan kerap ini boleh jadi merupakan salah satu daripada gejala-gejala penyakit seperti penyakit buah pinggang sehinggalah hanya meminum terlalu banyak air. Apabila kondisi ini disertai demam, tidak dapat menahan kencing serta berasa tidak selesa pada bahagian bawah perut, ia berkemungkinan besar merujuk kepada masalah jangkitan pada saluran kencing.
Punca - punca lain yang boleh menyebabkan kencing menjadi kerap termasuklah:
- jangkitan saluran kencing
- Kencing manis
- Masalah psikologi
- Penyakit saraf
- Disfungsi pundi kencing
- Minum terlalu banyak
- pollakiuria
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.