
Sulit
3 tahun
Anak lelaki kencing dengan kuantiti yang amat sedikit
anak lelaki saya umur 4 tahun dan sy baru nak latih potty training. sy membawa nya ke bilik air setiap 20 minit dan anak mmg akan kencing tetapi dengan kuantiti yg amat sedikit walaupun sebelum tu dia dah banyak minum air… dan ada masa yang anak seolah meneran masa nak kencing… adakah anak sy mengalami kencing tak lawas??

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anak anda mengalami gejala kerap kencing dalam kuantiti kecil. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejalan anda. Antaranya:
- kencing kotor (urinary tract infection) , keradangan saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang/jangkitan kuman
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Kencing manis -jenis 1, yang sering pada kanak-kanak
- Terlalu banyak minum air
Bagaimanapun, gejala kencing kotor yang perlu diawasi ialah kepedihan semasa membuang air kecil sewaktu habis buang air kecil. Selain itu, pesakit juga akan mengadu sakit pada bahagian bawah perut dan kekerapan rasa nak kencing walaupun kuantitinya sedikit. Seterusnya, kencing berbau busuk, air kencing mengandungi darah dan sakit ketika melakukan hubungan seks. Tambahan pula, ada sesetengah orang yang mempunyai air kencing keruh disebabkan jangkitan ini dan gejala lain adalah seperti demam dan menggigil. Cara yang paling utama untuk mengesan jangkitan kuman ini adalah dengan mengkaji air kencing pesakit tersebut.
Oleh itu, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.