
Sulit
3 tahun
Anak lelaki kerap kencing dan haus. Remaja 19 tahun. Ada asthma
Anak lelaki i berumur 19 tahun. Kerap kencing. Selepas kencing dia akan rasa haus. Adakah berkaitan buah pinggang nya atau masalah lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan yang disampaikan diatas, anak anda mengalami gejala kerap kencing dan akan haus selepas kencing. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- faktor umur - seiring dengan peningkatan usia, kawalan terhadap otot-otot saluran kencing akan menurun.
- kesan dari trauma
- komplikasi obesiti
- jangkitan kuman di saluran kencing UTI
- tanda-tanda awal terhadap penyakit kencing manis
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Batu karang
- Gangguan saraf
- Kanser pundi kencing
- Gangguan saluran vaskular & buah pinggang
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.