
Sulit
4 tahun
Anak masih batuk lagi selepas buat rawatan di hospital
Anak sya baru berusia 2 tahun 6 bulan baru lepas baik dari demam panas…sblm ni dah buat rawatan dekat hospital kena tahan wad jugak seminggu.doktor ada ambil xRay,keadaan pernafasan,jantung dan darah.siap ambil swap test.Dktor kata ada virus dekat paru2… Selepas seminggu keadaan suhu badan anak kembali normal cuma skrg batuk dan ada hingus sedikit termasuk kahak. Sekarang masih batuk bila waktu tgh mlm…sya bimbang dgn keadaan anak sya. Permakanan sya pantau jugak x bagi minuman sejuk lebihkan susu tepung dan anak masih menyusu bdan. Keadaan berlaku selepas hantar anak sya ke Taska…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, keadaan anak anda memerlukan pemeriksaan susulan bagi mengenalpasti punca masalah agar rawatan yang tepat dapat diberikan. Memandangkan gejala anak anda berulang kembali, anda amat disarankan untuk membawa anak anda berjumpa sekali lagi dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Batuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti jangkitan kuman ( kebiasaannya virus) pada saluran pernafasan dan asma.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih