
Sulit
3 tahun
Anak menahan najis dr keluar
Doc, anak saya berusia 2 tahun setengah. 3 minggu lepas anak saya telah mengalami sembelit. Sejak peristiwa itu anak saya sering menahan najisnya dr keluar. Sebelum ini anak saya mmg membuang air besar setiap hari tanpa gagal. Saya terpaksa memasukkan ubat cecair utk melembutkan najisnya. Proses ini agak sukar krn dia akan menangis ketika najis keluar. Adakah penggunaan cecair ini bahaya jika saya terpaksa gunakan 3 hari sekali? Bibir anak saya juga sentiasa kering dan berdarah. Adakan ini berpunca dr masalah yg sama. Krn tidak berak, jadi badan mengalami dehydration? Saya agak keliru krn anak saya makan dan minum dgn kadar yg normal. Tolong bantu saya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anak anak mengalami masalah menahan najis dan menyebabkan kesukaran untuk najis keluar.
Untuk pengetahuan anda, ubat cairkan najis tidak disarankan untuk diberikan kepada kanak-kanak tanpa preskripsi doktor dan ia juga tidak boleh diberikan melebihi daripada 2 kali sehari dengan jarak 10-12 jam setiap dos.
Masalah sembelit juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang makan makanan yang mengandungi serat
- Penghadaman dan pencernaan makanan yang tidak sempurna
- Dehidrasi atau kekurangan air
Namun ia juga boleh berlaku disebabkan penyakit yang serius seperti:
- Jangkitan usus
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.