Sulit
3 tahun
Anak menangis kebiruan
Salam… sy ada seorang anak perempuan usia 10bulan… anak saya bila menangis kerana marah/merajuk atau kecewa muka dia bibir dia jadi biru kemudian tiada suara… bila di sapu dgn air akan sedar kemudian jd lembik. adakah anak saya mengalami sebarang masalah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anak anda hadapi. Anda perlu segera membawanya berjumpa dengan doktor kerana kami bimbang anak anda mempunyai masalah yang serius. Antara sebabnya adalah:
- Penyakit jantung kongenital seperti tetralogi fallot
- Masalah paru-paru; paru-paru tidak matang
- Terdapat hubungan (fistula) antara trakea dan esofagus
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anak anda mengalami masalah sedemikian. Sila bawanya berjumpa dengan doktor secepat mungkin supaya pemeriksaan dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.