
Sulit
5 tahun
Anak menderita sembelit selama 4 tahun
NAMA SAYA PN HASILAH. ANAK SAYA MENDERITA SEMBELIT SEJAK BERUMUR 1 TAHUN 2 BULAN. SEJAK ITU, SAYA KERAP MENGGUNAKAN PRIME ENEMA SEBAGAI JALAN PENYELESAIAN. SAYA TELAH BERJUMPA ENGAN PAKAR PEDIATRIK SEBANYAK 6 KALI, NAMUN TIADA PERUBAHAN. DOKTOR TELAH MENGESYORKAN KEPADA SAYA UNTUK MENGGUNAKAN UBAT SEPERTI DHUPALAC, FORLEX DAN NUTRI FIBER KEPADA ANAK SAYA. NAMUN IANYA MASIH TIDAK MEMBANTU. SETELAH 4 TAHUN MENGGUNAKAN PRIME ENEMA, BARU - BARU INI SAYA MENDAPATI ANAK SAYA TIDAK SELESA DI BAHAGAIAN BAWAH RACTUM (DUBUR) DAN KE ATAS DI BAHAGIAN BUAHNYA. BILA SAYA CHECK, SAYA MENDAPATI ADA SEDIKIT BENGKAK DI BAHAGIAN TERSEBUT, NAMUN IANYA KELIHATAN DI BAHAGIAN LUAR KULIT. SAYA AMAT TAKUT DAN ANAK SAYA KIRI BERUMUR 5 TAHUN. ANAK SAYA ADALAH BAYI PRAMATANG DAN PERNAH MELALUI PEMBEDAHAN YANG BERKAITAN DENGAN MASALAH INI.
ADAKAH KEKERAPAN PENGGUNAAN PRIME ENEMA INI BOLEH MEMBERI KESAN BURUK KEPADA ANAK SAYA?
DOKTOR, MOHON BANTU SAYA

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang serat
- kurang minum air kosong
- kanak-kanak baru sahaja mula makan makanan solid
- masalah usus (jarang-jarang berlaku)
- kesan sampingan ubat-ubatan
- angin pasang
Hernia ialah benjolan yang terdapat pada abdomen atau bawah abdomen. Ia boleh menyumbang kepada sembelit. Saya sarankan anda membawa anak anda kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ceritakan mengenai bengkakan tersebut agar doktor dapat mengenalpasti hubung kaitnya dengan sembelit yang anak anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.