
Sulit
5 tahun
Anak mengalami cirit birit
Sy ibu kepada bayi yg berumur 7buln.anak saya mengalami cirit birit selama 3 hari dah dibawa berjumpa doctor,dan diberikan air garam sahaja kerana anak bru berusia 7bulan dan tidak menunjukkn dihidrasi yang teruk,tetpi keadaan masih sma.soalan saya perlukah sy menukarkan susu formula anak kepada novalac diarinova yang untuk cirit birit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda.
Memandangkan anda sudah memberi air garam dan juga susu, ianya sudah mencukupi. Tambahan pula seperti yang anda jelaskan, anak anda tidak mengalami dehidrasi. Jadi pada pendapat saya, anda tidak perlu menukuar susu anak anak. Hal ini kerana, susu tersebut adalah untuk menghindari dehidrasi bagi bayi yang mengalami cirit-birit.
Yang penting sekarang adalah, merawat punca sebenar cirit birit anak anda. Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh anak anda dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.