Sulit
4 tahun
Anak menghidapi chcken pox
Salam . Anak saya berumur 1 tahun 2 bln mengalami chken pox…sudah hampir 2 minggu…bintik mulai kering…tapi ada ketulan nanah pada bintik yg kering di bahagian peha dan, bwah ketiak…dan pecah mgeluarkn nanah. Adakah benda ini biasa? Apakah ubat yg perlu sy sapu pada bahagian nanah tersebut?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Bagi masalah nanah di kawasan bintik yang kering tersebut, anda cuma perlu memastikan kawasan nanah tersebut kering agar tiada jangkitan kuman yang merebak di kawasan tersebut. Anda juga perlu memastikan anak anda menyusu dan makan dengan sempurna agar sistem imunya dapat melawan jangkitan cacar air ini. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.