
Sulit
5 tahun
Anak mudah terkena demam
Saya ibu kepada anak yang berumur 2 tahun 7 bulan,disebabkan anak saya mudah di jangkiti saya ingin bertanya kepada doc,apa vitamin yang sesuai untuk anak saya,adakah saya perlu mengambil suntikkan antibodi untuk anak saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini kerap berlaku pada kanak- kanak seawal usia anak anda kerana sistem imun iaitu mekanisme badan untuk melawan virus/kuman masih lagi lemah. Sebagai doktor, kebiasaannya, kami akan menasihatkan anak anda:
- mendapatkan vaksin di klinik
- memberi pemakanan yang seimbang yang kaya dengan protein
- menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan
- jika anda atau mana-mana orang dewasa sakit, memakai topeng muka kerana terdapat risiko anak anda dijangkiti
- scott’s emulsion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.